{VIDEO} Hasrat wanita sarat hamil mengidam nak naik jentera bomba akhirnya tercapai

Lumrah bagi setiap wanita yang hamil akan melalui fasa mengidam

Walaupun permintaan mereka kadangkala kedengaran pelik dan tidak masuk akal, namun ia sebenarnya bukanlah sengaja dibuat-buat. Tetapi, memang fasa mengidam seperti itu.

Seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita mengidam nak naik jentera bomba telah menjadi perhatian ramai di laman Facebook.

Menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Balai Bomba Taman Tas, suami kepada wanita berkenaan memberi kejutan buat isterinya yang sedang hamil 35 minggu itu.

“Dia mengandung anak pertama kami kira-kira tujuh bulan ketika kami berdua menonton perarakan. Sebaik pulang ke rumah, dia mula membelek gambar-gambar jentera bomba dan banyak membaca tentang bomba, kira-kira seminggu kemudian, isteri saya kata dia nak duduk dalam jentera bomba.

Turut baca :

“Saya anggap dia bergurau dan buang tebiat, saya tak pedulikan sehingga dia mula merajuk dan sering menangis apabila bercakap mengenainya, ketika itu saya tahu dia serius.

“Memandangkan saya tidak pasti siapa yang perlu dihubungi (di bomba), saya meminta tolong rakan untuk membuat persiapan yang diperlukan di balai bomba Taman Tas. Saya merancang lawatan ke balai itu sebagai kejutan untuk dia,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*