TERKINI | Wanita mengaku tak salah hina Islam

Seorang wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri minggu lepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menghina agama Islam.

Siti Nuramira Abdullah didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun.

Siti Nuramira Abdullah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan antara tiga hingga lima tahun.

Nuramira ditahan Bukit Aman Ahad lepas dan sejak itu berada bawah reman.

Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan membuat persembahan komediri di kelab tersebut.

Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung dipakainya, mendedahkan pakaian tidak menutup aurat yang dipakai di dalamnya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*