Penyelarasan subsidi bukan untuk ‘seksa’ rakyat – PM Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyesuaian tarif elektrik dan rasionalisasi subsidi diesel tidak dilaksanakan untuk menyebabkan kesakitan atau penderitaan kepada rakyat.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, berbilion Ringgit yang dijimatkan daripada tindakan ini kini sedang disalurkan semula kepada rakyat melalui subsidi lain dan pemindahan tunai.

“Ini yang kami lakukan selama ini dan akan terus lakukan, sambil kami melangkah dengan berani dalam perjalanan melakukan reformasi struktural,” katanya dalam ucapan sebelum pelancaran Forum Megatrend Khazanah 2024 pada Isnin.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Tambah Anwar lagi, kerajaan komited terhadap tadbir urus, akauntabiliti, dan keadilan sosial, yang memastikan bahawa manfaat pertumbuhan diagihkan secara adil dan saksama, serta memberikan setiap rakyat Malaysia peluang untuk berjaya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*