Capati basi dijadikan mi segera cetus perdebatan ramai

Seorang pengguna media sosial di India mencetuskan perdebatan ramai kerana memperkenalkan menu rekaannya yang menggunakan capati basi bagi menggantikan mi segera, lapor laman berita Hindustan Times kelmarin.

Mac Singh menerusi akaun @dietitianmacsingh di laman Instagram dikenali ramai kerana sering berkongsikan resipi penurunan berat badan.

Bagi resipi terbaharunya, Mac menampilkan capati basi sebagai bahan asas untuk membuat mi segera goreng yang digelar ‘roti Maggi’.

Hidangan itu bermula dengan memotong roti basi dan memanaskan minyak di dalam kuali.

Mac kemudian menumis bawang, cili hijau, puri tomato dan menambah rempah-ratus termasuk serbuk cili merah, kunyit serta garam untuk meningkatkan rasa.

Akhirnya, dia menggabungkan kepingan capati yang sudah dipotong itu dengan adunan sos sebelum ia dihidangkan.

Seorang pengguna media sosial memberikan komen dengan menulis: “Ini adalah genius! Saya boleh menghabiskan sisa capati saya!”.

Namun, seorang lagi mengulas: “Mengapa memanggilnya Maggi sedangkan tidak ada Maggi?”

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*