Seorang anggota polis cedera selepas ditikam di lengan ketika cuba menahan seorang suspek pecah rumah di Taman Sri Sentosa, Bukit Bidang di Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
Dalam kejadian 10 malam kelmarin, mangsa berusia 30 tahun bersama sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dikatakan membuat serbuan di sebuah rumah.
Ketua Polis Pasir Puteh, Zaizul Rizal Zakaria, berkata sebaik tiba di lokasi, mangsa melihat suspek berusia 35 tahun di dapur dan cuba melarikan diri ke arah pintu depan rumah sebelum dihalang.
Katanya, berlaku pergelutan sebelum suspek menikam mangsa di lengan dengan gunting dipercayai akibat panik selepas melihat sepasukan anggota polis mengepung rumah itu.
“Akibat pergelutan suspek juga mengalami kecederaan di kepala, bengkak pipi, lebam mata dan beberapa kesan luka di tubuhnya selain menerima empat jahitan di kepala.
Turut baca
- {VIDEO} “Warganet mengamuk lagi…” Pemilik kelab didakwa guna bangsa sebagai modal melawak
- “Kasut je pun…” TMJ respon isu kasut mahal MB Johor
- {VIDEO} “Potong lorong kecemasan…” Pemandu undang padah, tak sedar abam trafik ‘skodeng’ di semak
“Anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Bachok dan menerima lima jahitan pada lengan kanan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di Bachok dan Pasir Puteh.
Katanya, semakan turut mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.
“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek direman empat hari di IPD Bachok mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan akan diserahkan kepada IPD Pasir Puteh berkait kes cubaan bunuh anggota polis,” katanya.
Leave a Reply