{VIDEO} Rakaman rakyat Palestin mengamuk, pecahkan barang di Wisma Transit ATM jadi bualan

Umum sedia maklum, kerajaan Malaysia telah membawa masuk rakyat Palestin untuk merawat dan memberi bantuan kepada mereka

Ramai berterima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif yang ditunjukkan sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Walau bagaimanapun, tular pula beberapa rakaman di laman X semalam, 3 Oktober yang memaparkan warga Palestin mengamuk di Wisma Transit ATM telah mengundang bualan ramai.

Menerusi perkongsian video daripada @update11111, kelihatan beberapa warga Palestin menimbulkan kekecohan di lobi wisma berkenaan.

Turut baca :

Difahamkan, kekecohan tersebut berlaku gara-gara ketidakpuasan hati mereka yang menginap di situ.

“Pada 02 Okt 24 jam lebih kurang jam 1815, terdapat beberapa Warga Palestin yang menginap di Wisma Transit Kuala Lumpur telah membuat kekecohan dan amukan atas dasar tidakkepuasan hati,” tulisnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*