Polis buru 3 along baling 9 bom petrol

Gambar sekadar hiasan

Polis sedang memburu tiga suspek dipercayai along yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pada kejadian 3.08 pagi itu, suspek membaling sembilan bom petrol ke arah rumah mangsa mengakibatkan Honda HRV dan motosikal Yamaha LC milik mangsa terbakar.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek itu dilihat menaiki Toyota Altis dan memakai pelitup muka semasa melakukan jenayah berkenaan.

“Bapa pengadu menyedari kejadian kebakaran bertindak keluar lalu menjerit ke arah suspek, lalu mereka terus beredar. Api kebakaran berjaya dipadamkan oleh bapa pengadu.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai lima kertas tertera tulisan dalam bahasa Cina di luar pagar rumah pengadu memberi peringatan kepada pengadu supaya membayar semula hutang.

“Bagaimanapun, pengadu menafikan terbabit dengan pinjaman wang tidak berlesen atau bermusuh dengan orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasbullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amir Hafiz Mohd Rosli di talian 011-24057360 atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*