Liga Super: Aksi Perak – JDT ditangguh kali ke 2, TMJ ‘dedah’ sesuatu yang mengejutkan peminat

Liga Super: Aksi Perak – JDT ditangguh kali ke 2, TMJ ‘dedah’ sesuatu yang mengejutkan peminat.

Pemilii Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia.

Aksi tertunda Liga Super ke-9 menyaksikan pertemuan Perak menentang JDT terpaksa ditangguh sekali lagi susulan permukaan padang yang teruk.

Perlawanan di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan aksi tersebut ditangguh kali kedua selepas hujan lebat melanda sekaligus menyebabkan ia menyukarkan keadaan.

DYAM Tunku Ismail menzahirkan kekecewaan atas perkara tersebut sambil memberitahu bahawa hampir kesemua padang di Malaysia masih belum berada dalam keadaan baik.

“Dah 2024. Sibuk nak bola sepak Malaysia maju tapi 90% padang dalam negara masih di dalam keadaan teruk.

“Amat memalukan dengan negara-negara jiran. Negara jiran semua dah tingkatkan padang dan infra bola sepak. Kita hanya bercakap nak berubah tetapi tiada tindakan. Peruntukan dah ditawarkan oleh KBS tetapi semua kelab tak terima,” jelas DYAM Tunku Ismail.

Baginda memberitahu bahawa kelab-kelab di Malaysia tidak menerima tawaran padang percuma oleh KBS kerana tidak sanggup untuk mengeluarkan kos penyelenggaraan padang.

“Dapat padang percuma pun tak terima. Pasal tak sanggup maintain padang RM200,000 setahun. Pemain berjuta boleh beli, kerusi stadium berjuta boleh bayar.

“Padang RM200,000 setahun dan gaji pemain tak boleh bayar. Amat memalukan. Musim tengkujuh dah nak mula. Berapa aksi lagi nak kena tunda? Membazir, dan sangat memalukan,” tambah baginda.

Aksi Perak dan JDT sebelum ini ditunda pada 17 Ogos 2024 akibat masalah cuaca yang menjejaskan permukaan padang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*