Penyerang Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi, mendedikasikan kemenangan bergaya pasukannya membenam Shanghai Shenhua buat semua penyokong yang memberikan sokongan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite), malam tadi.
Dia menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan kaki kiri untuk menewaskan Bao Yaxiong untuk memastikan Harimau Selatan mendahului sebelum Jorge Obregon dan Juan Muniz menambah derita pasukan pelawat di Stadium Sultan Ibrahim.
Bintang berusia 22 tahun itu berada di tangga kedua penjaring terbanyak selepas Jasir Asani yang mewakili kelab Gwangju FC dengan 4 jaringan terkumpul.
“Saya bersyukur kerana malam ini malam yang indah buat pemain dan penyokong JDT, perlawanan malam ini agar sukar dan penting buat kami jadi kami berikan yang terbaik untuk menang.
Turut baca :
- Tuntut cerai sebab nak nikah laki orang, pegawai awam dakwa disihir ‘3 penjuru’
- Skim ‘beli sekarang, bayar kemudian’ membimbangkan, 53,000 individu bawah 30 tahun tanggung hutang RM1.9 bilion
- “Curang itu pilihan, bukan takdir… Isteri berubah 360 darjah, tawar hati dapat tahu suami berzina
“Setiap perlawanan berbeza, bermain di laman sendiri tiada tekanan dan hanya berikan yang terbaik.
“Kemenangan ini untuk semua penyokong JDT yang datang memberikan sokongan kepada kami malam ini, terima kasih atas sokongan anda semua.” katanya.
When Arif Aiman sets his sights, there’s no stopping him! ⚽️
Another stellar performance from the young star!#ACLElite | #JDTvSHS pic.twitter.com/zvtQinZctT
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 1, 2024
Leave a Reply