“Curang itu pilihan, bukan takdir… Tawar hati dapat tahu suami berzina’.
Demikianlah juga dengan kisah dikongsikan seorang lelaki yang mengakui kesilapannya mencurangi isteri sendiri hingga bahtera perkahwinan mereka goyah.
Lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, perkahwinan yang dibina selama lapan tahun dengan isterinya benar-benar bahagia meskipun mereka belum direzekikan untuk menimang cahaya mata.
Bagaimanapun segala-galanya bermula apabila dia berkenalan dengan seorang wanita menerusi media sosial.
“Awalnya cuma nak chatting untuk hilangkan bosan. Tapi semakin rapat sehingga akhirnya kami terlanjur.
“Saya tipu isteri semata-mata nak bersama buat dosa dengan perempuan tu. By the way, perempuan tu tunangan orang,” tulisnya dalam hantaran di satu laman grup Facebook.
Menurut lelaki tersebut, tembelangnya pecah selepas isterinya memeriksa telefon bimbit miliknya dan menemui bukti perbuatan curang dengan kekasih gelapnya itu.
“Sepanjang kami kahwin, dia tak pernah check handphone saya. Entah macam mana dia boleh check. Naluri isteri kan.
“Gaduh besar… isteri lari rumah. Saya pujuk, dia balik. Tapi dia berubah 360 darjah. Saya dah tak nampak senyuman dekat muka dia lagi.
“(Dia) kerap meracau, trauma dengan apa yang terjadi. Bercakap dengan saya pun dah tak nak,” luahnya.
Menyesal dan bertaubat di atas dosa yang sudah dilakukannya, lelaki tersebut berkata dia kini sedang berusaha untuk menawan kembali kasih sayang dan kepercayaan daripada isterinya itu.
“Sekarang hanya masa yang boleh ubat luka dia. Saya akan cuba untuk pertahankan perkahwinan ni. Sebab dia segalanya untuk saya.
“Kepada suami-suami dekat luar sana, tolong sangat-sangat jangan sesekali curang. Curang tu pilihan bang, bukan takdir.
“Sekali kau curang sampai mati dia takkan percaya pada kau. Mohon pendapat juga macam mana untuk saya pujuk kembali dia.
“Mungkin lepas ni takkan sama tapi sekurang-kurangnya saya dapat tengok dia senyum semula,” tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan individu berkenaan agar melepaskan isterinya kerana wanita itu layak mendapat lelaki lain yang lebih baik sebagai suami.
“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lepaskan saja dengan cara baik. Salam perpisahan.
“Kalau sayangkan isteri lepaskanlah dia, isteri pun berhak bahagia. Kahwinlah dengan tunangan orang tu.
“Kalau kecewa, kau boleh pujuk dia lagi. Tapi, kalau dah tahap tawar hati, kau bagi dia duit segunung pun belum tentu boleh rawat hati dia,” demikian antara komen netizen.
Turut baca :
Leave a Reply