SEORANG wanita memfailkan perceraian gara-gara tabiat pelik suaminya sejak mereka berkahwin.
Lebih mengejutkan apabila usia perkahwinan mereka belum pun mencecah dua bulan.
Menurut laporan, wanita itu melawat pusat kaunseling keluarga dan mengadu tentang tabiat suaminya yang jarang mandi.
Kejadian tersebut berlaku di Agra, India.
Tambah wanita itu, bau badan suaminya yang tidak menyenangkan itu menyebabkan dia tertekan dan tidak sanggup tinggal bersama.
Apabila disoal pihak polis, lelaki tersebut dengan tenang mengaku dirinya hanya mandi sebulan sekali atau dua kali.
Difahamkan, tabiat pelik suaminya itu menyebabkan mereka bertengkar beberapa minggu selepas mereka berkahwin.
Situasi itu menyebabkan keluarga wanita membuat aduan untuk menuntut perceraian.
Walaupun si suami akhirnya bersetuju untuk menjaga kebersihan, namun isterinya nekad untuk bercerai. -Agensi.
Turut baca :
Leave a Reply