Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim terlibat kemalangan di Beaufort, Toyota Hilux bertembung Toyota Avanza

Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu petang semalam.

Khadijah, 64, cedera apabila kereta pacuan empat roda Toyota Hilux yang dinaikinya bertembung dengan Toyota Avanza kira-kira pukul 5.30 petang semalam di Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka itu berada dalam keadaan baik bersama dua orang lagi mangsa apabila mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba.

Khadijah dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan berdarah sedikit di tangan dipercayai memandu kenderaan berkenaan.

Selain itu, pemandu dan penumpang Toyota Avanza juga dilaporkan cedera dalam insiden terbabit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd. Hasbullah Neggok memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada pukul 5.29 petang.

Sejurus selepas itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati lima mangsa terbabit berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan bomba.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*