{VIDEO} Terkejut nampak ular sawa melingkar bawah meja ketika mendobi

SEORANG pelanggan terkejut apabila menemukan seekor ular sawa yang sedang nyenyak tidur di bawah meja ketika mencuci baju di sebuah dobi layan diri baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di TikTok @faizal_9212, ular tersebut ditemukan di sebuah meja yang disediakan untuk pelanggan berehat sambil menunggu pakaian.

Ketika dirakam, ular yang dipercayai bersaiz kecil tidak bergerak dan hanya melingkar di batang besi meja tersebut.

Pengguna tersebut bagaimanapun memuat naik video terbabit untuk memberi kesedaran dan pesanan kepada orang ramai terutamanya ibu bapa sebagai langkah berjaga-jaga.

“Yang pergi dobi itu hati-hati sebab kadang-kadang kita tak nampak ada apa di bawah meja,” katanya.

Perkara itu sekali gus membuatkan rata-rata warganet lebih berhati-hati terutamanya apabila membawa anak kecil.

“Lepas ini jangan pelik kenapa orang datang ke dobi meninjau bawah meja dulu, jadi overthinking lepas ini,” komen @Mrs.Ain.

“Bukan kat kedai dobi saja mana-mana kedai sahaja yang ada meja begini kena hati-hati,” pesan @user58077772647032.

Kejadian itu bagaimanapun bukan pertama kali dan pernah berlaku sejak 2022 di beberapa lokasi lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*