Sakit hati bekas isteri kahwin baru, lelaki bawa senjata tajam serang majlis perkahwinan ditahan

PENCERAIAN merupakan kaedah terakhir yang diambil pasangan suami isteri apabila mengalami konflik rumah tangga.

Begitulah yang dilakukan lelaki berusia 35 tahun ini dan bekas isterinya selepas mereka tidak lagi mempunyai kesefahaman.

Bagaimanapun, pada Rabu lalu, dia tidak menyangka bahawa bekas isterinya nekad untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan baharu.

Susulan itu, dia bertindak menyerang majlis perkahwinan pasangannya di daerah Tanah Bumbu, Kalimantan di Indonesia, dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tanah Bumbu, Iptu Jonser Sinaga mengesahkan kejadian tersebut pada Sabtu.

Mengulas mengenai kejadian, ujarnya, suspek cuba untuk membubarkan majlis yang sedang berlangsung dengan mengayunkan senjata tajam kepada tetamu yang hadir.

Sakit hati bekas isteri kahwin baru, lelaki bawa senjata tajam serang majlis perkahwinan ditahan
SEORANG lelaki ditangkap kerana menganggu majlis perkahwinan bekas isterinya

“Suspek sebelum ini sudah mengugut mangsa supaya tidak melangsungkan pernikahan dengan lelaki lain kerana dia masih sayang kepada wanita itu.

“Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendahkan dan menyebabkan suspek marah serta sakit hati sehingga bertindak menyerang mangsa di majlis perkahwinan,” jelas Jonser.

Dalam pada itu, ujarnya, suspek berjaya ditahan selepas pihak tuan rumah membuat aduan berkaitan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*