PRN DUN MAHKOTA: 20 pusat mengundi ‘beroperasi’ serentak 8 pagi, 61,397 pengundi biasa bakal buat pilihan

Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dibuka secara serentak pada pukul 8 pagi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 66,318 pemilih berdaftar termasuk 4,911 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota tentera, polis serta pasangan yang berlangsung Selasa lalu serta 10 pengundi luar negara.

Hari ini, seramai 61,397 pengundi biasa bakal memilih samada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar sebagai wakil rakyat mereka.

Berdasarkan statistik data pemilih yang dikeluarkan SPR, pecahan pengundi lelaki adalah seramai 33,453 orang, manakala baki 32,865 pula terdiri daripada pengundi wanita wanita.

 

Syed Hussein, 40, akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana manakala Mohamad Haizan, 61, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

Selesai proses pengundian pukul 6 petang, proses penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*