Seorang wanita mendengar suara tangisan seperti puntianak selepas waktu tengah malam di sekitar rumahnya di Balikpapan Tengah, wilayah Kalimantan Timur, lapor portal berita Prokal.com hari ini.
Wanita bernama Nur Aini itu berkata, dia tidak berani keluar rumah untuk mengenal pasti lokasi suara yang dianggapnya berasal daripada puntianak dalam kejadian semalam.
“Saya takut, rumah saya sunyi. Jadi, saya biarkan sahaja (suara itu),” ujarnya.
Rupa-rupanya, suara tangisan itu berasal dari seorang bayi lelaki yang diletakkan di kawasan rumahnya.
Bayi itu ditemui oleh seorang anak lelakinya, Fahjrin ketika dia baru saja pulang dari kerja.
Fahjrin terkejut melihat bayi itu di lantai depan pintu rumah mereka.
Pihak polis yang menerima laporan tentang penemuan bayi itu datang ke lokasi kejadian.
Mereka membawa bayi tersebut pergi selepas mengambil keterangan saksi-saksi. – AGENSI
Turut baca :
Leave a Reply