Seorang lelaki di Indonesia mengalami detik cemas namun lucu, apabila dia terpaksa memanggil bomba untuk menyelamatkannya daripada terkunci di dalam tandas rumahnya sendiri, lapor program berita Liputan6 semalam.
Dalam kejadian kelmarin, lelaki dikenali sebagai Azizi itu memuat naik beberapa gambar memaparkan kejadian tersebut.
Menurut Azizi, dia terperangkap di dalam bilik mandi disebabkan kunci tandas tersebut mengalami kerosakan secara tiba-tiba.
Nasib menyebelahinya apabila dia turut membawa telefon bimbit ke dalam tandas, menyebabkan dia boleh menghubungi pihak bomba untuk membantunya.
“Sebuah jentera bomba, sebuah kereta Jabatan Pengangkutan, satu pasukan bomba lengkap dan seorang komander (datang) untuk membuka pintu,” tulis Azizi pada hantarannya.
Sejurus tiba, pasukan bomba berjaya mengeluarkan Azizi daripada tandas, manakala kejadian itu turut dirakam beberapa individu.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Itulah fungsi bawa telefon bimbit ke dalam tandas,” kata seorang netizen.
“Mengapa tidak minta bantuan rakan-rakan dahulu?” soal seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI
Turut baca :
Leave a Reply