{VIDEO} “Wanita maut dilanggar SUV…” ‘Live’ tunggang motor bersama suami, anak jadi kenangan

Sempat melakukan ‘live’ di Facebook sebelum meninggal dunia, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal ditunggani bersama suami terlibat dalam kemalangan di Jalan Kunak-Tawau, Sabah.

Difahamkan, mangsa bersama suami dan anak mereka berdepan detik cemas apabila motosikal ditunggangi dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV).

Memetik laporan BH Online, wanita yang juga warganegara Indoensia itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya yang berusia 39 tahun serta anak, 9 tahun mengalami kecederaan ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Sabarudin Rahmat, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Proton X70.

“Setibanya di tempat kejadian pemandu Proton X70 dikatakan, telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya dan pada masa sama, motosikal yang ditunggang bersama dua pembonceng dari arah bertentangan cuba membelok ke kanan untuk masuk ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal telah tercampak ke bahu jalan manakala kedua-dua pembonceng dan motosikal terseret kira-kira sepuluh meter,” katanya.

Sementara itu, warganet terasa sayu apabila rakaman terakhir siaran langsung wanita itu di laman Facebook menjadi kenangan sebelum kejadian berkenaan berlaku.

Dalam video tersebut dapat dilihat dia memegang telefon bimbit sambil bermesraan dengan suami sebelum rakaman berkenaan bertukar sudut menghala ke arah langit.

Lebih sedih lagi apabila turut didengari suara tangisan kanak-kanak yang dipercayai memanggil mangsa yang sudah tidak sedarkan diri.

Rakaman tersebut dikongsikan semula di paltfrom TikTok dan mendapat perhatian ramai yang rata-rata sebak melihat momen tersebut.

Bahkan, mereka juga mendoakan agar ahli keluarga mangsa tabah dengan dugaan tersebut.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*