Lelaki punyai 26 rekod jenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Kampung Baru Kundang di sini pada awal pagi Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi selepas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berbalas tembakan dengan sekumpulan individu disyaki penjenayah dikehendaki.

Difahamkan, suspek yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina telah melepaskan tembakan ke arah polis selepas enggan memberhentikan kenderaannya.

Berikutan itu, polis telah melepaskan tembakan balas dan mengenai salah seorang suspek.

Difahamkan juga beberapa suspek turut berjaya ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Hasil siasatan mendapati suspek yang mempunyai 26 rekod jenayah ditembak mati ketika cuba ditahan sepasukan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kota Damansara, cuba menahan suspek berusia 37 tahun yang menaiki kereta Nissan Grand Livina.

Namun ketika tiba di Jalan KBK 4, Bandar Baru Kundang, di sini, suspek bertindak mengundurkan kenderaannya selepas dikepung pasukan polis sehingga memaksa pihak berkuasa keselamatan itu melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Kereta dinaiki suspek terbabas di bahu jalan sebelum dia dipercayai mati di lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal juga mendapati suspek memiliki 17 rekod lampau berkaitan jenayah dan sembilan rekod kesalahan berkaitan dadah di Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian membawa kepada penemuan dua pucuk pistol beserta peluru, tiga bilah parang, kapak pemotong besi dan kuku kambing yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Difahamkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*