Peningkatan rakyat Malaysia pilih Thailand destinasi percutian jadi perdebatan pengguna media sosial – Harga hotel, makan murah…

Peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang lebih memilih Thailand sebagai destinasi percutian berbanding destinasi tempatan telah menjadi perdebatan di antara pengguna media sosial.

Ramai pelancong Malaysia berpendapat bahawa kos percutian ke Thailand lebih murah walaupun melibatkan perjalanan ke luar negara kerana nilai tukaran wang yang lebih menguntungkan dan tawaran pakej pelancongan yang menarik.

Menerusi tinjauan Kosmo! di ruangan komen sebuah hantaran oleh Aisyah di X, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pemilihan orang ramai yang menjadikan Thailand sebagai destinasi pelancongan utama berbanding dalam negara.

“Tourism (Pelancongan) Thai memang jauh meninggalkan kita. Tak boleh dah kita nak compare (bandingkan) lagi, kat Thai semua jauh lagi best (terbaik). Dengan flight affordable (tiket penerbangan mampu milik), harga hotel dan makan murah. Shopping (Membeli-belah) pun murah. Memang patut lah ramai ke Thai daripada melancong dalam negara,” ujar Hafifi Izzuddin.

“Their hospitality (layanan) memang 100%. Masa bercuti di sebuah resort Thai, we initially booked normal pool access room (kami pada mulanya menempah bilik akses kolam biasa) tapi dapat free upgrade to pool access family suite (naik taraf percuma ke suite keluarga akses kolam renang) yang betul-betul depan water slide (gelongsor air) sebab receptionist (penyambut tetamu) cakap kids water slide (gelongsor air kanak-kanak) dia best,” komen Rairadzi.

Selain itu, waktu ‘check-in’ dan ‘check out’ di kebanyakan hotel Thailand yang fleksibel, memberikan kemudahan kepada pelancong untuk menyesuaikan jadual mereka.

Ini berbeza dengan kebanyakan hotel di Malaysia yang sering menetapkan masa check-in dan check-out yang semakin tidak munasabah dan menyusahkan tetamu.

“Pergi Hatyai dan Krabi pukul 9 pagi pun bagi check in. Relax je. Check out lambat pun tak caj. Bercuti di Thailand je lah,” komen Aisyah.

“Ni betul. Dari Kuala Lumpur pukul 11 malam sampai Hatyai pukul 8 pagi. Sampai tu terus pergi hotel nak check-in, time tu fikir kena bayar sikit pun tak apa lah sebab penat. Sampai counter tanya staf situ, dia terus bagi kunci dan bila tanya tak ada bayaran extra ke? Dia cakap tak perlu,” luah Ashaladin.

Tambahan pula, kualiti perkhidmatan hotel di Thailand juga sering dipuji, dengan ramai pelancong Malaysia menyatakan bahawa mereka merasakan layanan yang lebih mesra dan profesional di hotel-hotel Thailand.

“Muka yang jaga kaunter jarang tak senyum. Datang Malaysia yang konon-konon 3 hingga 4 bintang pun ‘monyok’ je muka. Tanya sepatah, jawab sepatah,” komen Riaz.

“Kat Krabi, sampai-sampai hotel je ada welcome drink. Apa-apa tak tahu, nak sewa motor ke apa, tanya je receptionist. Dia ajar. Mesra sangat,” ujar Ouhnaaa.

Sementara itu, industri pelancongan tempatan berdepan cabaran untuk mengekalkan minat pelancong dalam negeri. Beberapa pengusaha hotel tempatan kini dipaksa menilai semula dasar dan perkhidmatan mereka untuk memastikan mereka kekal kompetitif.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*