Pelik tapi benar… Ada ahli GISBH miliki 34 anak, tetapi hanya kenal dua orang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan terdapat ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang berkahwin empat dan memiliki 34 orang anak, namun hanya dua daripadanya dikenali.
Menurut Razaruddin, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini, ahli tersebut adalah yang memiliki anak paling ramai dalam kalangan ahli GISBH lain.
“Dia (ahli GISBH) kahwin ikut agama, dah mengandung baru dia daftar secara rasmi di pejabat agama. Jadi anak ini bila dah lahir dia memang bin dan binti Abdullah.
“Tapi anak ini bukan tidak sah taraf, kalau betul ikut agama anak ini statusnya sah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Razarudin berkata, kebanyakan ahli-ahli GISBH ini sudah dilatih untuk tidak mendedahkan anak-anak mereka sebaliknya mengatakan kanak-kanak itu adalah anak yatim piatu.
“Anak-anak itu pun kalau kita tanya, dia kata tak kenal ibu bapa masing-masing. Seolah-olah mereka anak yatim,” jelasnya.
Turut baca :
Leave a Reply