Pukul teman wanita, pelajar Fakulti Kejuruteraan UTM terima kecaman warga maya – “Dasar jantan sampah…

Pukul teman wanita, pelajar Fakulti Kejuruteraan UTM terima kecaman warga maya – “Dasar jantan sampah…

Warga maya meluahkan rasa berang selepas tularnya sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki memukul teman wanitanya.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, pelaku dilihat berulang kali memukul teman wanitanya, dipercayai di dalam kawasan kampus.

Hasil siasatan mendapati pelaku dan mangsa, masing-masing berusia 21 tahun, merupakan pelajar Universiti Trunojoyo Madura (UTM), Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia.

Pukul teman wanita, pelajar Fakulti Kejuruteraan UTM terima kecaman warga maya - "Dasar jantan sampah...
Tangkap layar video kejadian itu yang tular di media sosial.

Kedua-dua mereka mendaftar ke universiti itu pada tahun 2022 dan kini menuntut di Fakulti Kejuruteraan dengan program pengajian Teknik Industri.

Kes keganasan itu sudah dilaporkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, penularan video berkenaan turut mendapat reaksi Rektor Universiti Trunojoyo Madura.

Menerusi temubual pada Ahad, Rektor yang hanya mahu dikenali sebagai Safi’ berjanji untuk menyiasat dan terus terus memantau perkembangan kes itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*