Kalau sudah namanya Datuk Seri Siti Nurhaliza, pergilah ke mana pun, pasti diserbu peminat

KALAU sudah namanya Datuk Seri Siti Nurhaliza, pergilah ke mana pun, pasti akan diserbu peminat.

Situasi itu yang dilalui Siti ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Bukanlah diserbu sehingga perlu dikawal ketat tetapi ramai jemaah yang bertemu dan mahu bergambar bersama.

Bukan sahaja jemaah tempatan tetapi juga dari Indonesia yang teruja ketika bertemu dengan Siti.

Siti juga seperti biasa dengan sikap rendah dirinya, melayan sahaja permintaan peminat.

Sikap beginilah yang perlu dicontohi artis baharu hari ini, sombong-sombong tak ke mana pun. Jadikan Siti sebagai contoh, dikejar dan diminati peminat negara lain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*