Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan polis terhadap kegiatan jenayah oleh Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH dan rangkaiannya.
Baginda bertitah, semua perbuatan jenayah serius dikaitkan dengan GISBH berdasarkan hasil siasatan polis, mencemar nama baik dan kesucian agama Islam.
Pelbagai keterangan telah ditemukan yang menjurus kepada kesalahan-kesalahan jenayah yang disyaki telah dilakukan seperti penderaan terhadap pelajar, eksploitasi terhadap kanak-kanak, buruh paksa, kesalahan jenayah seksual termasuk liwat dilakukan di beberapa buah rumah amal, termasuk sekolah agama Islam bawah pengawalan GISBH, titah baginda dalam kenyataan.
Baginda bertitah, kesalahan berhubung amalan bertentangan akidah Islam juga dikesan dan disyaki dilakukan di beberapa premis kumpulan GISBH.
Menurut laporan yang beta terima, kebanyakan daripada rumah amal bawah pengawalan GISBH yang terlibat di dalam siasatan, telah lama beroperasi di beberapa buah negeri di negara ini khususnya negeri Selangor tanpa pendaftaran seperti keperluan undang-undang yang sedang berkuat kuasa, titah baginda.
Turut baca :
Leave a Reply