‘Nampak Tok Wan tergapai-gapai minta tolong sebelum hilang dihanyutkan arus deras’

“Saya nampak tok wan tergapai-gapai minta tolong sebelum hilang dihanyutkan arus deras”

Demikian cerita Ayish Faizul, 12, selepas datuknya, Azizan Yaakob, 63, ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan di Kobah di Pendang, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi senalam.

Menurut Ayish, arus deras menghanyutkan datuknya sejauh kira-kira lima meter sebelum memasuki satu terowong air di situ.

“Tok wan jatuh dekat-dekat dengan saluran dan arus deras sangat. Kami nampak tok wan tergapai-gapai minta tolong. Orang yang lalu di situ sempat tarik tok wan ke darat tetapi terlambat sebab dia sudah tak ada,” katanya.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adik berusia lapan tahun menemani datuknya itu menjala ikan.

Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika cuba meleraikan jala yang tersangkut pada tumbuhan liar di dalam sungai.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*