{VIDEO} GISBH: Lelaki didakwa dera kanak-kanak antara 171 suspek ditahan – KPN

Individu dipercayai mendera kanak-kanak lelaki ketika di bawah jagaan salah sebuah rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), antara suspek ditahan dalam serbuan, minggu lalu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata perkara itu dikesan menerusi sesi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan berhubung dakwaan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak.

“Kebetulan yang mendera itu memang dalam suspek kita yang kita tangkap.

Sekarang kita nak kenal pasti siapa mangsa, katanya pada sidang media.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.

Pada 10 Sept lalu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global.

Serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Sementara itu, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.

Sementara itu, Razarudin berkata kebanyakan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan itu telah dikenal pasti namun masih ada belum tampil.

Kemungkinannya disebabkan awal perkahwinan mereka tidak didaftarkan, katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*