“I dah tak tahan lagi… 40 hari berkahwin, wanita tekad minta cerai, rupanya ini punca sebenar buat ramai gelihati.
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India, lapor portal berita Hindustan Times semalam.
Menurut portal berita India Today, lelaki itu hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.
Ini menyebabkan dia mengalami masalah bau badan yang tidak dapat diterima oleh isterinya.
Selama 40 hari selepas berkahwin, wanita itu memutuskan untuk bercerai dengan suaminya.
Keluarga wanita itu memfailkan aduan gangguan perkahwinan dengan polis dan memohon perceraian, kata seorang kaunselor pusat keluarga.
Si isteri pulang ke rumah ibu bapa berikutan pertengkaran dengan suaminya.
Si suami akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memperbaiki kebersihan diri.
Wanita itu bagaimanapun tidak mahu lagi hidup bersama lelaki tersebut, demikian menurut India Today. – AGENSI
Turut baca :
Leave a Reply