{VIDEO} Orang Thai tidak pergi Hatyai sebab ramai sangat orang ‘Malay’ – Pendedahan TV Thai buat ramai terkejut

Orang Thai tidak pergi Hatyai sebab ramai sangat orang ‘Malay’ – Pendedahan TV Thai buat ramai terkejut

Kebanyakan rakyat Thailand mengakui mereka tidak berkunjung ke Hatyai di daerah Songkhla berikutan kebanjiran orang Malaysia di lokasi pelancongan tersebut.

Perkara itu menjadi salah satu topik perbualan sebuah rancangan televisyen Thailand @dikedaikopi_tv11yala sehingga potongan klip videonya tular di media sosial.

Dua pengacara rancangan itu berkata, antara sebab rakyat Malaysia suka datang ke Hatyai kerana tarikan pelbagai makanan dan minuman yang ada.

“Kalau kita pergi sana (Hatyai) serupa bukan tempat kita, ramai sungguh adik kakak Malaysia kita mari masuk.

“Antara sebab orang Malaysia suka datang sebab cari makanan. Ada dalam TikTok tadi, orang Malaysia beritahu orang Siam masak sedap sangat,” katanya.

Tambah pengacara itu lagi, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengetahui kedai-kedai makan popular di Hatyai berbanding warga Thailand sendiri.

“Banyak-banyak tempat yang ‘viral’ dalam TikTok ke, kita tak biasa pergi tapi orang Malaysia kenal semua kedai-kedai ‘viral’ dekat Hatyai. Kalau nak cari makanan halal, orang Thailand tengok video ‘influencer’ Malaysia.

“Sebab ramai belaka masuk Hatyai. Rakyat Malaysia kata kedai serbaneka 7-Eleven dia beza dengan kita, sebab 7-Eleven kita ni ada banyak macam-macam makanan,” ujarnya.

Sementara itu, pengacara rancangan itu turut memaklumkan Kerajaan Thailand melancarkan program ‘Hello Hatyai’ khusus untuk warga Malaysia yang memilih daerah tersebut untuk melancong.

Ujarnya, program tersebut bertemakan ‘Celebrate Bestfriend’ bagi meraikan rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai sahabat baik buat negara Thailand.

Turut baca :

“Jadi apabila ramai rakyat Malaysia masuk (Hatyai), bahagian pelancongan negara Thailand tak boleh duduk diamlah. Jadi dia lancar program ini untuk nak ‘beraya’ dengan orang Malaysia.

“Kerajaan Thailand kata rakyat Malaysia adalah kawan yang baik kepada negara kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan kenyataan dua pengacara itu khususnya kesedapan makanan Hatyai yang menjadi tarikan utama buat pelancong di daerah itu.

“Setuju. Makanan Hatyai murah dan sedap. Berbeza dengan Malaysia,” komen Shah.

“Saya dari umur lapan tahun sehingga umur mencecah 57 tahun, tak pernah jemu masuk Hatyai. Memang aktiviti wajib hampir setiap bulan,” komen Mohd. Shah.

“Selain makan sedap, hotel pun murah, tandas awam hampir dekat semua tempat pun bersih. Sebab tu kami suka pergi sana (Hatyai),” komen Arenip.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*