{VIDEO} “Bila tegur, dijelingnya balik kita… ‘Sejengkal lagi sampai tong sampah, boleh pula tinggal tepi’

Pelbagai ragam penduduk flat yang mengambil remeh soal membuang sampah tular di media sosial sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Perkara itu dapat dilihat menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tempat pembuangan sampah di flat tersebut sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, pelbagai ragam penduduk dirakamkan yang memaparkan sikap acuh tidak acuh mereka ketika membuang sampah.

Ada penduduk yang mencampakkan sampah dari jarak jauh sehingga bertaburan dan mengotorkan kawasan tersebut.

Ada juga pelaku yang meninggalkan sampah di tepi tong dam di hadapan kenderaan lain sehingga menjejaskan pemandangan penduduk setempat.

Tindakan penduduk itu seolah-olah ‘berat kaki’ untuk membuang sampah ke dalam tong yang disediakan.

Turut baca :

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menyifatkan kelakuan penduduk seperti kurang pendidikan tentang aspek pengendalian sampah.

“Sikit lagi nak sampai tong tu boleh pula semua buang macam tu je. Pihak pengurusan patut ‘print’ (cetak) muka mereka tampal dekat dinding,” cadang Lina.

“Manalah perginya ‘common sense’ dia orang ni. Tinggal sejengkal ja lagi untuk mereka langkah. Kenapa tak boleh masukkan (buang) sampah betul-betul,” komen Balqis.

“Perangai pentingkan diri sendiri macam ni sentiasa ada tak kisah golongan B40 ke T20 ke. Kasihan dekat rumah orang yang depan tong. Bila tegur, dijelingnya balik kita,” komen Fira.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 243,800 tontonan, 3,100 ulang ciap dan 2,800 tanda suka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*