Perbuatan tidak berperikemanusian seorang ibu tunggal dan teman lelaki mendera anak kandung perempuannya sejak bulan lalu menerima pembalasan apabila dipenjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh iaitu Nor Arzilla Ardi, 32, dan Mohamad Amir Rosdi, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan bersama dibacakan jurubahasa mahkamah.
Pasangan tersebut turut dikenakan bon berkelakukan baik dengan seorang penjamin dan melakukan khidmat masyarakat selama dua tahun selepas hukuman berjalan.
Jika gagal mematuhi syarat bon itu, hukuman denda tidak lebih RM10,000 akan dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh.
Sepanjang prosiding itu, mereka yang berpakaian lokap jingga dan ungu itu hanya kelihatan sugul dan turut mengakui semua fakta kes dikemukakan pendakwaan.
Turut baca :
- “Tubuh aku jadi lembik… Anggota penguatkuasa ‘buka cerita’ selepas air mayat terpercik di badan
- Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester
- Bersongkok 24 jam tapi gatal… Janda rimas diganggu guru besar, suka ‘pm’ tepi
Nurul Mardhiah dalam penghakimannya berkata, kesalahan tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Justeru, kedua-kedua kamu (tertuduh) dijatuhi hukuman penjara 24 bulan bermula daripada tarikh tangkapan sebelum ini.
“Mahkamah turut memerintahkan kamu supaya menyempurnakan bon berlakuan baik selama dua tahun,” katanya.
Sebelum ini seorang kanak-kanak perempuan dipercayai diseksa dengan cara dicubit, ditumbuk dan disiram dengan air panas oleh ibu kandungnya dan kekasih wanita itu.
View this post on Instagram
Leave a Reply