Suami ‘terpaling’ baik, jadi ‘bank’ kawan-kawan, kereta isteri pun bagi rakan pinjam berminggu

SUAMI yang baik dan bertanggungjawab sudah pasti menjadi idaman semua wanita.

Namun jika suami terlalu baik hati pun boleh menimbulkan isu, apatah lagi melibatkan orang luar.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang wanita membuat luahan tentang sikap suaminya yang mendahului rakan-rakan berbanding isteri sendiri.

“Suami saya ni seorang yang baik hati tak bertempat. Dia suka bagi pinjam duit pada kawan-kawan dia.

“Bila duit bulanan utiliti, saya akan guna duit saya dulu, komitmen kami berdua hampir RM2,800 bulanan, rumah kereta dan lain-lain,” katanya.

Menurut wanita itu, suaminya mengusahakan perniagaan sendiri sekali gus memberi tanggapan dalam kalangan rakan-rakan bahawa dia mempunyai pendapatan yang tinggi.

Walaupun tidak mendedahkan jumlah pendapatan suaminya, namun tidak dinafikan rakan-rakan suami cuba mengambil kesempatan atas kebaikannya.

“Kawan-kawan dia fikir suami saya ni berduit. Bukan pinjam sikit, kadang sampai beratus, beribu,” ujarnya.

Namun, masalah timbul apabila ia secara tidak langsung memberi kesan kepada nafkah yang patut diterima setiap bulan.

“Kadang-kadang sampai nak hujung bulan baru suami bagi duit bulanan. Katanya duit tak cukup.

“Saya tak minta banyak. Saya minta RM1,300… itulah sekali selama sebulan, tak minta lagi walaupun makan di luar bercuti dan lain-lain. Selebihnya saya tanggung,” tambahnya.

Sikap suami yang terlalu baik hati itu jelas memberi tekanan kepada dirinya.

Apa yang dikesalkan, suami dilihat lebih mementingkan rakan-rakan sehingga sanggup meminjamkan kereta miliknya untuk kegunaan mereka.

“Stres sangat terlalu baik hati ni. Dulu sampai bagi pinjam kereta saya dekat kawan sampai berminggu.

“Mentang-mentang kereta tu jarang guna sebab saya ada kereta lain tapi saya yang bayar sampai habis loan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia pernah menegur suaminya berhubung perkara itu, namun cara penyelesaian tersebut hanya memburukkan keadaan.

“Macam mana nak nasihat si suami ni perlu mendahului isteri daripada orang lain? Bila ditegur, (suami) tak berbunyi berapa hari,” katanya yang buntu berdepan dengan konflik rumah tangganya.

Luahan wanita itu membangkitkan kemarahan warga maya dengan rata-ratanya mengecam sikap tidak bertanggungjawab si suami.

“Itu bukan sebab dia baik hati, tapi kerana dia pentingkan orang luar daripada bini sendiri.

“Bila dia tak ada duit jangan bantu. Suruh dia minta tolong kawan dia. Macam tu je nak ajar yang suka lebihkan orang lain daripada famili sendiri ni.

“Mula simpan duit untuk diri sendiri. Sayang boleh tapi jangan biar dipergunakan. Kalau nak membantu orang pun biar bertempat,” demikian antara komen warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*