Lelaki cedera ditetak dalam pergaduhan di Kepong

Seorang lelaki cedera ditetak dipercayai akibat perselisihan faham membabitkan halangan parkir di kawasan perumahan di pekan Kepong dekat Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata suspek lelaki 28 tahun menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32cm dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam.

Lelaki berusia 24 tahun yang cedera dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan. Berikutan itu, suspek ditahan di lokasi kejadian kira-kira 6.45 petang, katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya, suspek akan direman untuk siasatan bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan pergaduhan dua lelaki yang berakhir dengan seorang daripadanya cedera diserang pisau.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*