‘Counter setting’ di KLIA: 2 lagi penguat kuasa direman

Dua lagi penguat kuasa berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman kerana dipercayai terbabit rasuah sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Sumber berkata, Suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an ditahan sekitar 6.30 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Katanya, susulan penahanan itu suspek direman empat hari hingga esok.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2016 dan menerima bayaran secara tunai antara RM300 hingga RM2,500 sebagai balasan untuk melepaskan warga asing masuk menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Ini adalah susulan daripada lima suspek termasuk tiga penguat kuasa yang ditahan reman pada 30 Ogos lalu dan telah pun dilepaskan dengan jaminan SPRM sebaik berakhir tempoh reman masing-masing, katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, usaha giat dilakukan untuk mengesan suspek utama, Roney Irwan Mohamad Nor, 49, yang beralamat terakhir di Presint 18, Putrajaya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*