Teman lelaki wanita hina Islam kini ditahan

Polis menahan teman lelaki kepada wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur.

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan lelaki itu, semalam.

Polis berkata lelaki itu ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan.

“Lelaki tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Noorsiah berkata, pihaknya akan membuat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan,” katanya.

Dalam video berdurasi 54 saat yang tular, wanita berusia pertengahan 20-an itu pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat dan hanya meninggalkan pakaian mencolok mata.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*