Kafe jual kopi lebih RM87 secawan

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Sebuah kafe di bandar raya Ho Chi Minh menjual secawan kopi pada harga 500,000 dong (RM87.32), lapor portal berita VnExpress semalam.

Harga dinyatakan itu untuk minuman daripada biji kopi Sudan Rume #00046 yang merupakan pilihan paling mahal pada menu kafe tersebut.

Kafe jual kopi lebih RM87 secawan
SATU pasangan dari Singapura meminum kopi di sebuah kafe di bandar raya Ho Chi Minh.

Biji kopi Arabica yang jarang ditemui itu ditanam di ladang Café Granja La Esperanza, Colombia.

Menurut Persatuan Kopi Buatan Sendiri (SCA), biji kopi Arabika mengandungi kurang kafein dan secara amnya lebih mahal.

Sepasang suami isteri dari Singapura, Megan dan Nirga merasai minuman kopi istimewa di Vietnam itu buat kali pertama.

Mereka memesan dua jenis kopi iaitu Finca Soledad Sydra dari Ecuador dan Sudan Rume.

“Saya tidak pernah melihat kafe seperti ini di Singapura. Ia pastinya satu pengalaman yang patut dicuba,” kata Nirga. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*