eberapa penduduk di Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman ramai gara-gara menyajikan air tuak kepada kumpulan jemaah tabligh dari Pakistan, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @interaktive_, salah seorang lelaki dilihat menuang tuak di dalam cawan.
Dia kemudian memberikan minuman itu kepada mereka tanpa rasa bersalah.
“Manis, cuba minum encik,” kata seorang lelaki di dalam video itu.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menerima kecaman, sebelum ketiga-tiga penduduk tersebut tampil memohon maaf atas perbuatan mereka.
Turut baca :
Leave a Reply