“Ada tak puas hati pulak…” Dua wanita berjaya tolong ayah jual licin 2 ekor lembu dalam sehari

Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.

Dalam situasi PKP yang semakin mencabar ini, pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak-anak muda demi mencari sesuap rezeki untuk menampvng kehidupan. Pelbagai strategi dan teknik pemasaran digunakan demi melariskan produk yang dijual. Dari teknik mulut manis melayan pelanggan ketika menjual sehinggalah teknlk meletak wanita cantik untuk membantu melariskan jualan.

Di Kepala Batas, Kedah,lain pula kisah dua gadis ini yang menjual daglng lembu di gerai tepi jalan. Penjual daging kebiasaannya sinonim dengan lelaki, tapi kemunculan dua gadis cantik ini di gerai daging lembu mencuri perhatian ramai.

Menurut perkongsian oleh Cik Kartun Omey, mereka baru sahaja buka gerai jualan pada waktu pagi, tapi dua beradik ini telah berjaya menjual sehingga dua ekor lembu.

“Alhamdulillah…kmi adik bradik settle jual 2 ekoq daglng lembu pgi ni…kesimpulannyer…jgn malu tuk mencari rezeki sesuap nasi..insyaallah..jumpa lg tahun depan,,,

Perkongsian gadis yang menggunakan nama facebook Cik Kartun Comey dan Farra Saad mencapai sehingga 2.1k perkongsian, 2.2k komen dan mendapat sehingga 2.4 ribu tanda suka dari netizen.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*