“Berebut kasih sayang… Kehilangan budak lelaki 6 tahun berakhir khabar duka, mayat ditemukan dalam guni

KEHILANGAN seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun berakhir dengan khabar duka apabila dilaporkan dibunuh oleh ibu tirinya.

Mayat mangsa ditemukan di dalam guni oleh bapa kandungnya di Pontianak, Indonesia pada Jumaat lalu.

Motif pembunuhan oleh suspek dikenali sebagai IF dipercayai akibat rasa cemburu kerana risau mangsa yang merupakan anak tiri lebih disayangi suami, berbanding anak kandungnya sendiri.

Ibu kandung mangsa iaitu Tiwi ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa terkilan dengan cara pemergian anaknya.

“Sanggup dia (suspek) membunuh anak saya, apa salah anakku sehingga diperlakukan sebegini kejam?

“Saya sudah berjumpa dengan suspek di balai polis, sememangnya dia mempunyai rasa tidak puas hati kerana anaknya perlu berebut kasih sayang dengan suami.

“Akhirnya anak saya yang menjadi tempat suspek melepaskan kemarahan,” ujarnya luluh hati.

Tambah Tiwi, dia mendapat perkahabaran tentang kematian anaknya menerusi bekas suami.

“Dia telefon saya dan beritahu anak kami, Nizam, sudah tiada. Saya terkejut sekali apabila mendapat berita yang sungguh menyedihkan itu.

“Saya berharap suspek akan mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.

Jelas Tiwi, anaknya tinggal berasingan daripadanya bersama suami selama hampir dua tahun.

“Selama Nizam tinggal bersama ibu tirinya, dia tidak pernah mengadu perkara yang buruk-buruk. Saya selalunya berhubungan dengan Nizam melalui panggilan video.

“Hanya selepas Nizam meninggal dunia, baru guru sekolahnya beritahu yang dia beberapa kali nampak ada kesan lebam pada badan Nizam.

“Kali terakhir saya bercakap dengan Nizam, dia minta saya belikan meja belajar,” ujar Tiwi sayu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*