Pelajar 13 tahun ‘diratah’ guru besar akhirnya ‘terbongkar’

SEORANG gadis berusia 13 tahun di Sumenep, Jawa Timur, diperkosa beberapa kali oleh guru besar sekolahnya dengan alasan melakukan upacara penyucian.

Kegiatan itu dilakukan suspek berusia 41 tahun selepas berjaya memperdaya ibu bapa mangsa.

Dilaporkan, suspek memperkosa mangsa sebanyak lima kali, bermula dari Februari hingga Jun lalu.

Ia bermula apabila ibu kandung mangsa membawanya ke rumah suspek untuk menjalankan upacara bersuci.

Selepas mangsa masuk ke dalam rumah suspek, mangsa disuruh menanggalkan pakaian dan memperkosanya.

Aksi tidak senonoh suspek terbongkar selepas bapa kandung mangsa mengetahui kejadian itu berdasarkan laporan daripada mangsa.

Bapa mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis.

Suspek kini ditahan polis atas kes persetubuhan dan mencabul kanak-kanak bawah umur.

“Penjenayah yang merupakan Pengetua Sekolah Dasar itu ditahan anggota polis Sumenep pada 29 Ogos sekitar pukul 3 petang di rumahnya,” kata Ketua Polis Bahagian Perhubungan Masyarakat, AKP Widiarti.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan dengan hukuman maksimum penjara 15 tahun.

Sementara itu, ibu mangsa turut disoal siasat polis.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*