{VIDEO} Fuh! Tu dia… Lelaki Kedah pecah rekod makan nasi kandar RM372

Seorang pemuda dari Kedah berjaya memecah rekod baharu sebagai pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Jalan Dato Keramat di sini apabila menikmati hidangan popular Pulau Mutiara itu pada harga RM372 semalam.

Menerusi Facebook restoran itu, lelaki terbabit menikmati hidangan lauk untuk lima orang yang dihidangkan di dalam satu talam dalam tempoh sejam 15 minit.

Lauk yang dipilihnya adalah 25 ekor sotong berharga RM212.50, 10 ekor udang (RM85), kepala ikan (RM35 seketul), telur sotong untuk dua orang (RM16), telur ikan untuk dua orang (RM16), lima cawan nasi (RM7.50).

“Pecah rekod RM372. Fuh seorang makan.Orang Kedah, beliau tiba-tiba ja mai kata nak pecah rekod.

“Mungkin sempena Merdeka. Beliau kata ada pengalaman makan banyak dalam talam. Tak sangka akan ada orang lain mai buat rekod. Apa-apa pun memang padu.

“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai (datang) makan,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang lelaki dari Bayan Lepas berjaya mencatatkan rekod tertinggi apabila menikmati hidangan set talam nasi kandar di restoran sama pada harga RM350 seorang dalam masa sejam pada 19 Ogos lalu, menandingi pempengaruh dari Singapura iaitu RM300 dalam tempoh dua jam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*