Ejen insurans ‘berputih mata’ wang lebih RM100,000 dikebas wanita misteri

Seorang ejen insurans bukan sahaja tidak mendapat wang komisen yang diharapkan dari pekerjaan sambilan secara dalam talian malah terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 apabila diperdaya scammer.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 44 tahun itu, semalam.

Katanya, kejadian bermula pada awal bulan ini setelah mangsa tertarik melihat iklan tawaran pekerjaan sambilan yang ditawarkan seorang wanita yang dikenali di laman sosial.

“Mangsa dijanjikan komisen antara 12 hingga 18 peratus bagi setiap tugasan membuat bayaran bagi belian pelanggan di aplikasi TikTok dengan bayaran akan dibuat dalam mata wang USD bagi setiap tugasan yang berjaya.

“Mangsa bersetuju dengan kerja yang ditawarkan telah mendaftar aplikasi itu dan telah membuat 14 kali transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan bulan sehingga mencecah RM118,443,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, setelah pembayaran dibuat mangsa masih belum menerima sebarang komisen seperti yang dijanjikan malah talian telefon turut disekat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*