HANYA melakukan siaran langsung mengenai siput sedut, peniaga dan pemandu pelancong tidak menyangka kehidupannya kini banyak berubah sehingga menjana pendapatan berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.
Ash atau nama sebenarnya Muhammad Aswat Azdha Idris, 29, berkata dia meneruskan kandungan sebegitu kerana seronok dengan sokongan dan komen positif diberikan oleh netizen.
“Sekarang ini memang banyak perubahan dalam kehidupan saya. Sangat tidak jangka benda ini sampaikan saya tidak sempat tengok hadiah (dalam siaran langsung) yang orang beri.
“Perubahan saya sekarang ini semestinya dari segi kewangan yang berlipat kali ganda, populariti dan juga masa. Sekarang banyak habis masa di rumah sahaja.
Turut baca :
- {VIDEO} ‘Alah sweetnya! Gelagat Tengku Hassanal beri bunga pada adik kesayangan undang pelbagai reaksi warga maya
- {VIDEO} “Syukur semua selamat… Gara-gara monyet melintas, enam sekeluarga terjunam ke parit
- {VIDEO} Polis trafik ‘bergulung’, kereta ‘pancung’ lorong tiba-tiba – Kali ni memang kena buku dengan ruas
“Saya sebenarnya seronok sebab orang berikan komen yang positif. Mereka kata saya ini buatkan mereka hilang bosan dan juga tekanan kerja,” katanya kepada mStar.
Tambah Ash, disebabkan siaran langsungnya itu, dia menerima banyak panggilan untuk membuat beberapa reviu makanan dan juga produk.
“Sekarang ini memang sudah banyak panggil saya untuk buat reviu. Alhamdulillah rezeki saya. Saya juga ada buat kenduri untuk alhi keluarga dan juga belanja orang kampung yang dah datang ke kedai saya” ujarnya.
Leave a Reply