Tragedi Masjid India: ‘Tolong selamatkan ibu saya’

“Tolong selamatkan ibu saya!,” demikian rintihan anak sulung mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat pasukan sedang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ibunya di lokasi.

Difahamkan, anak sulung mangsa dikenali Surya, 26, yang berbaju kemeja putih baru sahaja tiba dari Thailand dan hadir ke tempat kejadian kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Anak lelakinya kemudian ditenangkan si bapa berusia 40-an dan keluarga lain yang berada di sekitar sejak awal kejadian.

Mangsa, Vijayaletchumi, 48, difahamkan datang melancong ke Malaysia dan dijangka pulang ke negara asalnya esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff dilihat tiba melawat lokasi kira-kira pukul 8 malam dan sempat bercakap kepada suami mangsa.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mangsa dipercayai dibawa oleh arus deras bawah tanah.

Katanya, operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah dan ia memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam.

Setiap tindakan yang diambil perlu berstrategi dan dirancang rapi demi menjaga keselamatan orang awam serta pasukan penyelamat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*