Lelaki bawa pisau ketika solat Aidiladha ditahan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penahanan seorang lelaki Arab kerana membawa senjata tajam ketika mengunjungi Masjid Sultan Abu Bakar untuk menunaikan solat sunat perayaan Hari Raya Aidiladha.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi semalam.

Katanya, insiden berkenaan berjaya dikesan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS yang ketika itu sedang membuat kawalan keselamatan di masjid berkenaan.

“Hasil pemeriksaan tubuh yang dijalankan mendapati suspek memiliki sebilah pisau bersarung dengan ukuran 33 sentimeter termasuk ulu pisau yang diselit di bahagian tali pinggang.

“Siasatan awal mendapati senjata berkenaan merupakan satu hiasan tradisi sempena musim perayaan di negara suspek namun perkara tersebut salah di sisi undang-undang negara.

“Sehubungan itu, lelaki warga asing berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Jika didapati bersalah lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun beserta sebatan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*