Empat individu berbual mengenai dadah di media sosial undang padah

Empat individu berbual mengenai dadah di media sosial undang padah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu dipercayai berkaitan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka.

Katanya, pihaknya sudah meneliti rakaman video terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Tambah Kok Chin, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan mereka yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu.

Terdahulu, tular video perbualan empat individu berkenaan dadah melalui penstriman langsung di sebuah aplikasi media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, salah seorang daripada mereka menunjukkan satu plastik berwarna lut sinar didakwa berisi dadah.

Selain itu, salah seorang daripada mereka turut menunjukkan satu botol air didakwa peralatan menghisap dadah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*