Isu 3R : Kertas siasatan kes Muhyiddin kini di Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara  untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah merakam keterangan daripada Tan Sri Muhyiddin dan beliau menjawab semua soalan yang diberikan.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu Muhyiddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan sudah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung ucapannya semasa berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin berkata dokumen berkenaan diserahkan ketika polis mengambil keterangannya di pejabat bekas perdana menteri itu di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) kira-kira jam 11 pagi semalam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*