Kota Bharu: Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas dipukul di sebuah premis di Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an parah di kepala sebelum dibantu oleh orang awam mendapatkan rawatan di hospital.
Sumber berkata, mangsa adalah seorang anggota PGA yang bertugas di Tumpat dan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok, sebelum diserahkan kepada pasukan PGA di Rantau Panjang dekat sini.
“Anggota terbabit kini berada mangsa ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan meminta pihak media mendapatkan maklumat terperinci daripada PGA.
“Kes berlaku di luar pengetahuan kita dan kita hanya tahu daripada PGA. Saya akui ada kes itu dan tindakan jabatan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JPS) memang berjalan,” katanya.
Turut baca :
Leave a Reply