Hipokrasi perlu ditamatkan, Anwar kecam kurang tindakan tangani genosid di Gaza

NEW DELHI: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengulangi kritikan terhadap kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman ke atas rakyat Palestin di Gaza dan menggesa menyebarluaskan mesej jelas genosid sedang berlaku perlu ditamatkan.

Katanya, Israel sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai, tetapi tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa bagi menghalangnya.

Beliau mengakui ramai menyuarakan pandangan mengenai genosid di Ukraine, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya kesan peperangan dan menerimanya begitu saja.

Ini benar-benar mengejutkan dan saya anggap ia satu hipokrasi…Hipokrasi ini perlu ditamatkan, katanya dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini semalam.

Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi tiga hari bermula Isnin lalu.

Terdahulu, Anwar dalam hantaran X semalam berkata: Sebarang perkembangan bermakna ke arah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*