“Otak tu biar berfungsi sikit” – Buat lawak jadi orang pertama dijangkiti ‘monkey pox’, suami Fatin Afeefa dikecam

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang menjadi tumpuan warga maya setelah dia memuat naik video ‘prank’ yang mengatakan dia dijangkiti virus Monkey Pox.

Dalam video tersebut, Aliff yang lebih dikenali sebagai Opai itu dilihat memakai pelitup muka sebagai tanda menunjukkan dirinya tidak sihat.

Kepada sesiapa yang kenal saya dan berjumpa sejak dua tiga hari lepas ni saya sarankan anda semua pergi periksa sekiranya anda semua positif. Rasanya saya terkena monkeypox pertama di Malaysia.

Turut baca :

Dia kemudian membuka pelitup muka tersebut lalu mengenakan ‘filter’ wajah monyet sambil ketawa terbahak-bahak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengecam tindakan Opai yang dianggap melampau dan mempermainkan isu penyakit yang semakin membimbangkan di Afrika, Thailand serta Indonesia.

“Otak tu biar berfungsi sikit” – Buat lawak jadi orang pertama dijangkiti ‘monkey pox’, suami Fatin Afeefa dikecam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*