{VIDEO} Ambil masa 7 minit samun kedai barang kahwin di Shah Alam, polis buru penjenayah bertopi keledar

POLIS dilaporkan sedang memburu empat suspek lelaki dalam kejadian samun bersenjata melibatkan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan di Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tular itu berlaku sekitar pukul 12.25 tengah hari.

“Semasa kejadian, terdapat seramai tiga orang pekerja kedai dan empat orang pelanggan wanita yang berada di dalam kedai tersebut.

“Suspek terdiri daripada empat lelaki yang memakai topi kaledar dan menutup mulut dengan dua daripada mereka bersenjatakan sebilah parang dan sebilah pisau,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hasil siasatan, video berdurasi 2 minit 4 saat itu menyaksikan suspek mengambil masa selama tujuh minit bagi melakukan kegiatan samun.

Premis berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM1,000 sementara tiga lagi pelanggan wanita lain turut menjadi mangsa samun apabila barangan kemas yang dipakai mereka turut menjadi sasaran dengan nilai kerugian sekitar RM22,000.

Ujarnya, siasatan dijalankan mengikuti Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan dengan kesalahan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*